Kajian Ilmiah Wajar Jadi Rujukan Pinda Ordinan Interpretasi Anak Negeri

Sabah


PENGHARGAAN…Madius (tengah) menerima cenderakenangan daripada Dr Ramsah (kiri), diperhatikan oleh Dr Andreas.

Liputan Bersama Janecarr Yado & Nio James

JustForex

KOTA KINABALU : Kajian ilmiah berkaitan interpretasi Orang Asal wajar dijadikan sumber rujukan untuk meminda Ordinan Interpretasi Anak Negeri 1958.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata pindaan Rang Undang-Undang itu penting bagi tujuan penambahbaikan terutama sekali berkaitan definisi Anak Negeri yang akan dimasukkan dalam Ordinan kelak.

“Simposium mengenai Asal Usul Orang Asal Sabah anjuran Kerusi Kadazan-Dusun Universiti Malaysia Sabah ini boleh menjadi wadah perbincangan lebih terperinci mengenai definisi Orang Asal Sabah, yang seterusnya membantu membetulkan tafsiran siapa yang layak menjadi Anak Negeri Sabah “katanya.

Madius, Dr Ramzah dan Dr Andreas bergambar bersama para pembentang kertas kerja dan para peserta Simposium mengenai Asal Usul Orang Asal Sabah 2019.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Simposium Asal Usul Orang Asal Sabah, disini, hari ini.

Sementara itu, Madius turut berkata kerajaan Negeri juga sangat menyokong adanya perbincangan lebih mendalam mengenai evolusi manusia terutamanya mengenai asal usul Orang Asal di Sabah dari berbagai sudut disiplin kajian.

“Simposium ini bukan sahaja dapat membuktikan asal usul orang Asal Sabah malah dapat membantu menyelesaikan isu siapa yang layak menjadi Anak Negeri atau sebaliknya,”tambahnya.

Sebahagian peserta meneliti buku rujukan Asal Usul Orang Asal Sabah yang dipamerkan

Menurut Madius, kerajaan amat mengalu-alukan simposium seperti itu kerana ia berupa sebuah simposium ilmiah yang sangat penting dan beliau beharap ia akan memberi input bagi perbincangan kerajaan terutama sekali dari segi merumuskan Rang Undang-Undang yang sedang diperhalusi tentang pindaan tafsiran ordinan Anak Negeri.

Madius yang juga Menteri Perdagangan dan Perindustrian berkata, Rang Undang-Undang ini sudah sekian lama dinantikan untuk diperhalusi dan dimuktamadkan supaya ia bersedia untuk dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Sabah.

“Setakat ini mungkin kita belum bersedia. Kita harap simposium ini akan dapat memberi input kepada pindaan rang undang-undang. Pembentangan ini akan dibuat dalam keadaan selesa dan tentunya pandangan pelbagai pihak akan diambil.

“Tetapi input akan lebih baik jika adanya kajian yang lebih sanitifik dan simposium hari ini tentunya akan memberi sesuatu hasil yang baik,” katanya.

Simposium itu merupakan platform untuk menyebarluas pengetahuan para pengkaji mengenai asal usul Orang Asli di Sabah agar masyarakat akan dapat lebih memahami asal usul keturunan mereka.

Dianjurkan Kerusi Kadazandusun Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Institut Kajian Orang Asal Borneo (BorIIS) dan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) UMS, simposium sehari berkenaan dihadiri lebih 300 peserta terdiri daripada wakil persatuan kebudayaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan pengkaji kebudayaan.

Simposium itu turut dihadiri Pembantu Menteri Undang-Undang dan Anak Negeri Sabah, Jannie Lasimbang, Timbalan Naib Canselor UMS, (Penyelidikan dan Inovasi) Professor Madya, Ts Dr Ramzah Dambul dan Professor Madya Dr Andreas Totu, pemegang kerusi Kadazan-Dusun UMS.





Source link

Loading...

Articles You May Like

4-in-1 Sports Carvivel Should Be Held More Frequently: Liew
Kingfisher names Bernard Bot as finance chief
Trump’s fast-tracking of oil pipelines hits legal roadblocks
UK remains a long way from Brexit deal – Downing Street source
KEBAKARAN VAN DI BANDAR TAWAU