KAJI SEMULA SOP BOT, FERI

Sabah


SANDAKAN: Kajian semula terhadap prosedur operasi standard (SOP) untuk dipatuhi semua bot dan feri perlu dilaksanakan segera.

JustForex

Ahli Parlimen Sandakan (DAP), Vivian Wong Shir Yee, berkata ia susulan kejadian bot penumpang dari Pulau Tanjung Aru yang berlanggar dengan kapal tunda hari ini sehingga menyebabkan tiga penumpang cedera parah, manakala seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) masih hilang.

“Kita mempunyai ramai anak-anak dari kawasan pulau yang bersekolah dan pergi ke tanah besar Sandakan untuk menghadiri kelas mereka setiap hari menggunakan bot dan feri.

“Keselamatan mereka adalah sangat penting. Oleh itu, adalah penting pihak berkuasa yang berkaitan menjalankan kajian segera mengenai keselamatan operasi semua bot dan feri untuk memastikan kemalangan seperti ini tidak akan berlaku pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat penumpang yang cedera dan keluarga mereka di Hospital Duchess of Kent Sandakan pada pagi ini. 

Mengulas lanjut, Vivian turut menggesa berkaitan menyiasat segera punca kemalangan dan mengemukakan hasil siasatan itu ke arah meningkatkan keselamatan semua operasi di perairan.

Katanya, pihaknya juga akan terus bekerjasama rapat dengan semua agensi berkaitan termasuk untuk menyediakan sokongan diperlukan mangsa serta keluarga yang terjejas.

“Saya juga akan mengunjungi Pulau Tanjung Aru esok bersama rombongan Parlimen Sandakan untuk berdialog dengan penduduk kampung mengenai isu-isu pengangkutan laut,” katanya.





Source link

Loading...

Articles You May Like

Sanders’ Democratic rivals seek to slow his momentum after his big win in Nevada caucuses
UMS TERAJUI PEMBINAAN LOJI AIR
Twitter suspends group of pro-Bloomberg accounts over ‘platform manipulation’
Woman admits plotting to bomb St Paul’s cathedral in London
Trump administration seeks $2.5 billion in funds to fight coronavirus