JPN SABAH CIPTA BANYAK KEJAYAAN 2019

Sabah


Oleh Nio James

KOTA KINABALU: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah telah mencapai banyak kejayaan sepanjang tahun lalu merangkumi pendidikan, sukan, tarian dan inovasi.

Menteri Pendidikan dan Inovasi, Datuk Dr Yusof Yacob berkata, JPN Sabah telah berjaya meningkatkan prestasi pencapaian dalam peperiksaan UPSR pada 2019.

JustForex

Beliau berkata, tahun lepas seramai 43,196 calon telah menduduki peperiksaan UPSR dan telah berjaya mencapai 58.33 peratus.

“Menguasai Tahap Minimum (MTM) meningkat sebanyak 4.72 peratus  berbanding dengan pencapaian MTM UPSR 2018 iaitu 53.61 peratus,” katanya di majlis Program Bicara Profesional Awal Tahun 2020, JPN Sabah, di Auditorium Sabah, Kompleks Pemtadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, dekat sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah JPN Sabah Dr Mistirine Radin.

Dr Yusof berkata, JPN Sabah  juga berjaya mengurangkan jumlah calon semua E (Belum Menguasai Tahap Minimum-BMTM) iaitu 1.92 peratus berbanding 2.34 peratus pada tahun 2018 yang mana berlaku pengecilan sebanyak 0.42 peratus.

“Peningkatan juga berlaku kepada murid-murid yang yang mendapat semua A iaitu sebanyak 292 orang (0.77 %) pada tahun 2019 berbanding 259 orang (0.69%) pada tahun 2018,” katanya.

Beliau berkata, selain pendidikan, JPN Sabah juga telah mengharumkan nama Negeri Sabah melalui kejayaan dalam bidang sukan, tarian dan inovasi.

Katanya, SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang  telah menjadi Johan dalam pertandingan International Young Scientis Innovation Competition pada 9 Julai 2019 manakala SMK Kemabong Tenom muncul johan Sime Darby Young Innovators Challenge National Level 2019 pada 20 November 2019.

Bagi pencapaian dalam bidang tarian pula, SK Kiawayan, Tambunan muncul johan pertandingan Istanbul Harman Folk Culture Competition peringkat antarabangsa yang berlangsung di Turki pada 30 Disember lalu.

Selain itu, SK Stella Maris (M), Kota Kinabalu turut menjuarai Tarian World Dance Cup Finals pada 25 Julai 2019

Dalam pada itu, pencapaian dalam sukan menyaksikan Fernando Hitler daripada SMK St Peter Bundu  muncul Johan 4 GEWINN Malaysia Open International Taekwondo Championship 2019 manakala Darrianne Ling Wen Xuan dan Izzyayumi Farahatira daripada SMK Tinggi Kota Kinabalu johan Taekwondo Terbuka Antarabangsa Seocheon Piala Daejeon MBC 2019.

“Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga pendidikan di negeri Sabah atas komitmen dalam melaksanakan segala tugas yang diamanahkan selama ini. 

“Semoga  pendidikan di negeri Sabah terus cemerlang di persada negara,” katanya.





Source link

Loading...

Articles You May Like

Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah
EWON TINJAU PUSAT PEMINDAHAN MANGSA BANJIR
Trump must have been aware of Russia bounty allegation, Democratic lawmaker says
COVID-19 : HANYA SATU KES BAHARU DI MALAYSIA
Bachok boat tragedy: Angler’s wife keeps hope alive