JBPM SABAH TUMPU KESELAMATAN DI RUMAH

Sabah


Oleh Wartawan BS

SANDAKAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah mahu menumpukan kempen keselamatan di rumah dalam usaha mengurangkan kadar kematian akibat kebakaran.

JustForex

Ini kerana, sebahagian besar kes membabitkan kebakaran dikesan berlaku di kediaman dengan kematian membabitkan kejadian waktu malam.

Pengarah JBPM Sabah, Kamarulzaman Malik Abdullah, berkata sebanyak 35 kes kematian direkodkan sepanjang tahun lalu akibat kebakaran dan kempen keselamatan perlu bermula daripada rumah bagi mengurangkan insiden itu.

“Justeru, kita akan tumpukan kempen kita pada kali ini terhadap keselamatan di rumah dan kita akan lihat kawasan yang banyak berlaku kematian.

“Kita akan libatkan pasukan kadet bomba di sekolah, kita akan pergiatkan juga skuad bomba komuniti serta bomba sukarela,” katanya pada Majlis Apresiasi Bersama Media Zon Bomba di Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, di sini, malam tadi.

Yang turut hadir ialah Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Sandakan, Anddre Andrew.

Kamarulzaman menambah, pihaknya juga sudah merancang beberapa program khusus untuk pendidikan awam iaitu program bersama masyarakat dan kempen satu rapi.

Katanya, sempena musim perayaan Tahun Baru Cina, pemeriksaan akan dilakukan di beli-belah, kawasan tumpuan awam seperti pangggung wayang dan pusat hiburan untuk pastikan tiada bahaya kebakaran.





Source link

Loading...

Articles You May Like

MTI MAHU TUBUH MAJLIS PERUNDINGAN BABITKAN INDUSTRI KAYU-KAYAN DI SABAH
SEMANGAT UPKO BEAUFORT TERUS MARAK
Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah
BOT KARAM, EMPAT PEMANCING DISELAMATKAN APMM
SHAFIE, ANWAR SAMA-SAMA LAYAK JADI PM