HATTA LAWAT PDM WARISAN DI SELADAN

Sabah


BONGAWAN: Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli bersama pemimpin parti itu membuat lawatan dan meninjau Pusat Daerah Mengundi (PDM) Parti Warisan Sabah (Warisan) Seladan.

JustForex

Selain membuat lawatan dan tinjauan, Hatta turut mengambil masa beramah mesra dengan jentera pilihanraya PDM tersebut.

Beliau yang diiringi oleh Timbalan Ketua Wanita Amanah Sabah, Norfidah Yassin telah diberi taklimat operasi PDM Seladan yang mempunyai lebih 3000 pengundi berdaftar.

Pemimpin Amanah yang juga salah sebuah parti gabungan Pakatan Harapan (PH) kini berkampung di Parlimen Kimanis untuk berkempen bagi membantu calon Warisan, Datuk Karim Bujang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis.

Terdahulu, Dr Mohd Hatta yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan telah merasmikan Bengkel Membuat Kek dan Biskut di Dewan Kampung Seri Serbang, Bongawan.





Source link

Loading...

Articles You May Like

RM291.9 JUTA BINA JALAN RAYA LUAR BANDAR TAHUN INI
Facebook sued in U.S. federal court for alleged anticompetitive conduct
TAMBADAU, BEKAS PEMAIN TEMUI PEMINAT DI MEMBAKUT JUMAAT INI
Democrats say measure to rein in Trump on Iran will pass Senate
Britain secretly funded Reuters in 1960s and 1970s – documents