
KOTA KINABALU: Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut atau perkembangan terkini berkaitan Covid-19 kini boleh memperolehinya menerusi aplikasi Whatsapp yang diwujudkan World Health Organization (WHO), baru-baru ini.
Pengguna hanya perlu menghantar mesej “Hi” ke nombor khusus +41 79 893 18 92, dan anda seterusnya boleh mengikuti menu khusus untuk mendapatkan maklumat terkini.
Antara maklumat yang ditawarkan menerusi perkhidmatan berkenaan termasuk angka ancaman terbaru, fakta berkaitan Covid-19, berita semasa, khidmat nasihat dan sebagainya.
Langkah ini juga mungkin akan mengurangkan kadar penyebaran info palsu yang sering dikaitkan dengan WhatsApp.
Menurut laporan UN News kelmarin, kira-kira 10 juta pengguna Whatsapp di seluruh dunia telah mula menggunakan kemudahan yang diperkenalkan itu./BERITA SABAH