GEM UPKO: SELAMAT MAJU JAYA ALEX

Sabah


KOTA KINABALU: Pergerakan Generasi Muda (GEM) Pertubuhan Kinabalu Progresif Kinabalu (UPKO) Malaysia menghormati keputusan bekas ketua, Alex Walzico Robert, yang mengumumkan keluar daripada parti berkenaan kelmarin.

Ketua Penerangan GEM, Jainysius Sipan, berkata pergerakan itu mengucapkan selamat maju jaya kepada Alex dan berharap persahabatan di antara mereka akan tetap diteruskan walaupun berbeza haluan politik.

JustForex

“Meskipun haluan politik sudah berbeza, kita sebagai pemimpin muda perlu berpegang kepada prinsip politik matang dan ikhlas demi pelayanan rakyat.

“Pengunduran diri Alex tidak melemahkan semangat pergerakan GEM Pusat mahupun Pergerakan GEM Pensiangan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

”Mesyuarat pertama GEM UPKO Malaysia diadakan pada 15 Mac lalu iaitu empat hari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan Kerajaan Persekutuan.

“Rasanya terlalu awal untuk beliau (Alex) membuat keputusan, kelihatan seperti agak terbesar-gesa. Apapun persahabatan antara kami akan tetap diteruskan…beliau meninggalkan GEM dengan penuh hormat dan kami akan tetap menghormati beliau sebagai seorang sahabat,” katanya lagi.

Terdahulu, Alex yang mewakili GEM dalam Majlis Tertinggi UPKO mengumumkan keluar daripada parti berkuatkuasa kelmarin.

Dalam notis perletakan jawatan yang turut dihantar dalam Facebook beliau, Alex berkata keputusannya meninggalkan UPKO adalah kerana kehendak sendiri dan bukannya pengaruh daripada mana-mana pihak.

Alex dalam notisnya itu juga berkata, keputusan yang dibuatnya adalah kerana beliau kini lebih cenderung memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhydin Yassin yang mana tidak senada dengan UPKO.

“Saya berterima kasih kepada presiden UPKO, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dan seluruh kepimpinan tertinggi UPKO Nasional atas segala peluang dan tunjuk ajar sepanjang saya berada dalam kepimpinan parti ini.

“Saya juga berterima kasih kepada ADUN Nabawan, Datuk Bobbey Suan yang telah membawa saya masuk ke dalam parti UPKO dulu.

”Walaupun sudah tidak bersama dalam satu bumbung perjuangan, saya tetap menghormati perjuangan rakan-rakan dalam UPKO terutamanya dalam Exco pergerakan GEM,” katanya.-http://beritasabah.com





Source link

Loading...

Articles You May Like

South Korean doctors strike over plan to boost medical student numbers
Ireland considering additional measures to limit non-essential travel – minister
U.S. coronavirus ‘extraordinarily widespread’, say White House experts
IMF says coronavirus may shrink global imbalances further in 2020
Trump security adviser warns against foreign military involvement in Libya