GAGAL JAGA JARAK SOSIAL, 52 DIKOMPAUN

Sabah


PENAMPANG: Seramai 52 individu dikenakan kompaun atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) selepas gagal menjaga jarak sosial dalam operasi di sekitar daerah ini sejak 23 Julai hingga semalam.

Sepanjang operasi selama tiga hari itu, pemantauan PKPP dijalankan di beberapa lokasi tumpuan termasuk premis kafe.

JustForex

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan, Mohd Haris Ibrahim berkata, sepanjang operasi itu, seramai 52 orang dikenakan kompaun selepas didapati melanggar arahan PKPP.

Katanya, semua yang dikenakan kompaun berusia 15 hingga 40 tahun selepas didapati berkumpul di premis tanpa mengamalkan penjarakan sosial.

“Seramai 52 individu membabitkan pelanggan premis kafe dikompaun kerana tidak mematuhi arahan PKPP.

“Operasi ini akan diteruskan dari semasa ke semasa dalam usaha untuk memutuskan penularan pandemik Covid-19,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Mohd Haris berkata, tindakan kompaun mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (no.7) 2020 Peraturan 3 Dalam Jadual Aktiviti Terlarang.

Sehubungan itu, Mohd Haris menasihati orang ramai khususnya di daerah itu supaya sentiasa mematuhi prosedur standard operasi (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Katanya, pihaknya sentiasa menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap sesiapa yang melanggar arahan PKPP.

“Kita minta orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan, ini kerana kita dapati sekarang sikap masyarakat khususnya di daerah ini seolah-oleh mengabaikan SOP yang digariskan.

“Tindakan terhadap mereka yang masih ingkar akan dilakukan bagi memastikan orang awam mematuhi SOP seperti tidak berkumpul beramai-ramai dan jaga penjarakan sosial,” katanya.-http://beritasabah.com





Source link

Loading...

Articles You May Like

Palestinians due to receive first batch of Russian vaccine on Tuesday, Israel says
France’s foreign minister says urgent to revive Iran nuclear talks
Durian seller in Sibu compounded for violating MCO
Tunisia reports 2,598 new COVID-19 cases, 184,483 in total
Biden to assume U.S. presidency amid deep divisions, raging pandemic