FAMA sumbang RM49,084 kepada keluarga lapan wira negara terkorban semasa Op Daulat

Sabah


KOTA KINABALU, 4 Dis — Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) hari ini menyampaikan sumbangan berjumlah RM49,084.35 kepada keluarga lapan wira yang terkorban semasa Operasi Daulat bagi menghapus pengganas Sulu di pantai timur Sabah pada Mac 2013.

Pengarah FAMA Sabah Ribin Wahid berkata sumbangan berkenaan adalah untuk meringankan beban yang dihadapi oleh keluarga mangsa yang telah menabur jasa berkorban demi keselamatan dan keamanan negara, khususnya di Sabah.

JustForex

“Tabung Kutipan Op Daulat yang dilaksanakan oleh FAMA ini telah dibuat di Pasar Tani di seluruh negara yang melibatkan 563 buah pasar tani pada 13 Mac 2013. Kutipan ini dilaksanakan selama seminggu dari tarikh berkenaan.

“Bagaimanapun kita telah menghadapi pelbagai masalah untuk mengumpul dan menjumlahkan sumbangan berkenaan sehingga berlaku kelewatan dan hanya dapat menyampaikan sumbangan berkenaan pada hari ini. Oleh itu saya berharap sumbangan ini dapat sedikit sebanyak membantu keluarga yang ditinggalkan,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan itu di sini, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Zaini Jass berkata sumbangan berkenaan sangat bertepatan untuk membantu keluarga mangsa, terutamanya pada hujung tahun ini yang mana pelbagai perbelanjaan yang harus ditanggung oleh mereka.

“Walaupun sumbangan ini lewat…namun ada hikmah di sebaliknya. Saya percaya sumbangan ini dapat membantu balu mangsa untuk perbelanjaan anak sekolah pada tahun hadapan. Oleh itu saya berharap akan ada lagi agensi lain yang berbesar hati untuk membantu mereka,” katanya.

Lapan anggota polis yang terkorban semasa insiden itu ialah ACP Ibrahim Lebar, ASP Zulkifli Mamat, Sarjan Mejar Sabaruddin Daud, Sarjan Mejar Baharin Hamit, Sarjan Mejar Abd Azis Sarikon, Koperal Mohd Azrul Tukiran, Sarjan Salam Togiran dan DSP Michael Padel.– BERNAMA





Source link

Loading...

Articles You May Like

U.S. coronavirus ‘extraordinarily widespread’, say White House experts
Perak DOE issues RM376k worth of compounds in second anti-pollution operation
Trump, after Portland deal, says feds won’t leave ‘until there is safety’
Iran says it has detained U.S.-based opposition leader over 2008 bomb attack
Pakatan: Dissolution of Sabah state assembly returns power to the people