EMPAT REMAJA PECAH RUMAH, GEREJA, SEKOLAH DAN KEDAI DIBERKAS

Sabah


TUARAN: Ketika pasukan polis menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masih ada sekumpulan individu mengambil kesempatan melakukan jenayah pecah rumah, kedai, gereja dan sekolah di daerah ini.

Bagaimanapun kegiatan empat remaja berusia 12 hingga 17 tahun yang aktif melakukan jenayah ini berakhir apabila berjaya ditahan polis di tiga lokasi berasingan di daerah ini pada 24 Mac lalu.

JustForex

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Hamizi Halim berkata, sebelum itu satu laporan dibuat oleh seorang pengadu berhubung barang-barang seperti telefon bimbit, aksesori dan barang keperluan lain di kedai miliknya dicuri.

“Bertindak atas maklumat itu, polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran membuat serbuan dan tangkapan di tiga lokasi berasing di daerah ini, pada 24 Mac lalu.

“Hasil soal siasat mendapati suspek mengaku terbabit dalam aktiviti pecah rumah, kedai gereja, sekolah di sekitar pekan Tenghilan dan Tamparuli.

“Hasil serbuan itu juga, polis berjaya merampas barangan yang disyaki dicuri oleh suspek. Anggaran keseluruhan barangan yang dirampas bernilai RM15,000,” katanya dalam sidang media di IPD Tuaran, di sini, hari ini.

Menurutnya, siasatan mendapati salah seorang suspek masih bersekolah di sebuah sekolah menengah di daerah ini.

“Dengan tertangkapnya keempat-empat suspek ini, polis Tuaran berjaya menyelesaikan 10 kes pecah rumah, kedai, dan sekolah di daerah ini,” katanya.

Beliau berkata, siasatan juga mendapati keempat-empat suspek bergiat aktif melakukan jenayah itu sejak Januari lalu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, Hamizi berkata, pihaknya akan sentiasa mengambil perhatian yang serius dan tindakan sewajarnya ke atas sebarang jenayah yang berlaku di daerah ini.

“Memandangkan arahan kerajaan untuk semua masyarakat patuh dengan arahan yang dikeluarkan berkenaan PKP, orang ramai diminta untuk mematuhi PKP dan tidak melanggar arahan kerajaan.

“Selain mengadakan operasi menguatkuasakan PKP ini, rondaan cegah jenayah juga dilaksanakan bagi memastikan keadaan di daerah ini terkawal,” katanya./BERITA SABAH





Source link

Loading...

Articles You May Like

Biden plans to crack down on ‘ghost guns’ with action on Thursday
Explainer: How Japan plans to release contaminated Fukushima water into the ocean
Hong Kong’s multimillionaire population hit record high last year even as its economy had its worst recession on record
Myanmar activists stage ‘bloody’ protests against military
English shops and pub gardens reopen in ‘major step’ to freedom