EMPAT DIBERKAS BERKUMPUL, KARAOKE SEWAKTU PKP –

Sabah


PENAMPANG: Keghairahan empat lelaki yang ‘berani’ berkaraoke tanpa mempedulikan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), akhirnya ‘memakan diri’ apabila mereka ditahan polis dalam kejadian di sebuah premis karaoke di Towering, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati pihak polis telah terdengar bunyi bising dalam sebuah premis perniagaan di kawasan berkenaan ketika menjalankan tugas rondaan PKP, kira-kira jam 9.50 malam.

JustForex
Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim

“Berikutan itu, pihak polis kemudian menyerbu premis terbabit dan mendapati ada empat lelaki telah berkumpul di sebuah bilik karaoke bersama muzik yang dimainkan dengan kuat.

“Kesemua mereka kemudian ditahan kerana didapati berkumpul di dalam premis dan ingkar kepada arahan PKP selain premis itu juga didapati tidak mempunyai lesen perniagaan serta lesen hiburan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Haris berkata empat lelaki yang ditahan itu ialah pemilik premis berusia 28 tahun serta tiga pelanggannya yang masing-masing berusia 23, 27 serta 32 tahun.

“Turut dirampas ialah tiga set sistem karaoke dan wang tunai RM1337.

“Kes itu diklasifikasi sebagai Seksyen 269 Kanun Keseksaan & Sekyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” katanya.

Tambah beliau, pihaknya sudah merujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan semua tangkapan akan dituduh hari ini Peraturan 11 (1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) (No.2) 2020.

“Polis Penampang menasihatkan masyarakat di daerah ini untuk mengambil ikhtibar ke atas tangkapan ini supaya mematuhi peraturan PKP selama ia berkuat kuasa,” katanya lagi./BERITA SABAH





Source link

Loading...

Articles You May Like

Coronavirus infection rate may shift toward younger ages; death risk higher in cancer patients
Miri mayor: Second major Covid-19 publicity blitz needed to prevent complacency
PM’s adviser defies calls to quit over accusations of flouting lockdown
Musk’s SpaceX set for debut astronaut mission, renewing NASA’s crewed launch program
UK COVID-19 death toll tops 47,000 as pressure heaps on PM Johnson