DUA REMAJA MAUT ELAK POLIS

Sabah


KOTA KINABALU: Akibat cuba melarikan diri dari polis, dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka merempuh sebuah kenderaan dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Rampayan, Jalan UMS, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 10.45 pagi itu, kedua-dua remaja berusia 14 dan 18 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh doktor dari Hospital Likas.

JustForex

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, sebelum kejadian anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu ternampak sebuah motosikal jenis Yamaha LC dinaiki dua lelaki dalam keadaan mencurigakan ketika keluar simpang Kampung Gudon.

“Sebaik menyedari kehadiran anggota URB itu, motosikal dinaiki kedua-dua remaja terbabit memecut laju untuk lari daripada pemeriksaan polis sebelum dikejar.

“Sebaik tiba di lampu isyarat Rampayan, motosikal dinaiki dua remaja lelaki itu melanggar lampu isyarat merah sebelum merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda D Max yang dalam perjalanan dari One Borneo menuju ke Kampung Dambai, Rampayan.

“Akibat kejadian itu, kedua-dua remaja terbabit terjatuh dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh doktor,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Habibi berkata, pemeriksaan mendapati motosikal yang digunakan oleh remaja itu adalah motosikal curi di Manggatal pada 26 Januari lalu.

“Hasil siasatan mendapati punca kemalangan adalah disebabkan oleh kecuaian penunggang motosikal kerana menunggang secara melulu dan bahaya hingga menyebabkan kematian.

“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.





Source link

Loading...

Articles You May Like

UK coronavirus death toll rises to 4,313, up 20% on day earlier
FIFA bribe allegations raise more questions over Qatar World Cup
SABAH CATAT 18 PESAKIT COVID-19 PULIH HARI INI
Safety comes before speed in the search for Covid-19 vaccine, say experts | Newsflash by R.AGE|
KESEDARAN ORANG SABAH MENINGKAT –