CUBAAN ‘BELI’ WAKIL RAKYAT – SIASAT SECARA MENYELURUH TERMASUK SIAPA DALANGNYA

Sabah


KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mahu pihak berkuasa menyiasat secara menyeluruh terhadap dakwaan wakil rakyat daripada Kerajaan Sabah yang mengatakan telah cuba ‘dipancing’ oleh pihak tertentu untuk berpaling tadah.

Beliau yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), berkata, ia susulan laporan polis yang telah dibuat oleh beberapa wakil rakyat dan berharap ianya akan disiasat secara terperinci termasuk mencari siapa dalangnya.

JustForex

”Ada ADUN yang ditemui pihak tertentu, malah ada yang masuk dalam rumah. Kalau mahu masuk dalam rumah sekali pun, kena ada waran yang sah untuk mengetahui tujuannya.

”Perkara ini bukan berlaku sekali sahaja, ia sudah berulang kali dan ini menggangu gugat ketenteraman individu.

”Dikatakan ada orang jumpa Yang Berhomat (YB) kerajaan. Wakil siapa dia? Siapa dia yang jumpa YB itu adakah mereka ini mahu membentuk kerajaan atau mahu menjadi Ketua Menteri, mahu jadi kerajaan pemerintah. Saya yakin ada pihak lain dibelakang mereka ini,” katanya seperti dipetik sebuah portal berita tempatan, hari ini.

Shafie berkata, negara ini mempunyai undang-undang dan tindakan menggangu gugat ketenteraman wakil rakyat sehingga datang ke rumah mereka perlu disiasat dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

”Keadaan ini boleh menjejaskan ketenteraman keadaa di peringkat negeri dan juga negara. Jika wakil rakyat itu redha untuk beralih sokongan, tiada masalah kerana kita juga tidak mahu memaksa. Macam Limus Jury dan James Ratib mahu masuk (parti pembangkang) masuklah, saya tidak paksa.

”Kita tidak mengugut orang itu amalan kita dalam mematuhi perjalanan undang-undang yang ada.

”Saya harap pihak berwajib membuat siasatan lanjut mengenai perkara ini dan kita mahu lihat apa penemuan mereka, ke arah mana dan siapa sebenarnya menyuruh mereka untuk membuat desakan seumpama ini,” katanya ketia mengulas mengenai cubaan membeli ADUN kerajaan negeri.

Sementara itu, mengenai perancangan mengembangkan sayap parti sebagai parti nasional, Shafie berkata, perkara itu belum diputuskan di peringkat parti kerana ia perlu dibincangkan dalam Majlis Presiden.

Namun, jika dilihat dalam sejarah parti Sabah, biarpun parti itu parti tempatan tetapi mereka masih bertanding di luar Sabah.

Misalnya, Parti Bersatu Sabah (PBS) pernah bertanding di Pulau Pinang dan UPKO yang dulu dikenali sebagai Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) juga bertanding di Perak dalam Pilihan Raya Umum ke-12.-http://beritasabah.com





Source link

Loading...

Articles You May Like

Nine babies dumped every month
New Bill to replace IPCMC Bill to be tabled on Aug 26, says Hamzah
Hanifah: No need for Parliament committee on MA63 implementation
Historical association comes out in support of name change for St Paul’s Hill
Pandemic to shrink LatAm foreign trade 23 pct in 2020: UN agency