BOT KARAM, EMPAT PEMANCING DISELAMATKAN APMM

Sabah


KUDAT: Empat pemancing diselamatkan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sebuah bagang, di perairan Pitas, di sini, Sabtu lalu, selepas bot dinaiki mereka karam.

Semua mangsa iaitu Moksin Asing, 52, Muslimin Adau, 52, Mohd Rafi Mohd Rasit, 46, dan Julmat Mamat 43, yang keluar melakukan aktiviti memancing dikatakan terkandas selepas bot dinaiki mereka karam.

JustForex

Pengarah Maritim Malaysia Kudat, Komander (M) Boon Chin Chau berkata, Pusat Operasi Zon Maritim Kudat menerima panggilan kecemasan pada jam 6.10 pagi daripada ahli keluarga salah seorang pemancing.

Katanya, pemanggil memaklumkan bapa saudaranya bersama tiga mangsa lain terkandas di sebuah bagang di perairan Pitas apabila bot yang dinaiki karam akibat ombak kuat dan bergelora.

 
“Bot peronda Zon Maritim Kudat yang sedang melaksanakan rondaan rutin segera diatur gerak ke tempat kejadian selepas laporan diterima.
 
“Angin kencang dan laut bergelora pada mulanya menyebabkan sedikit kesukaran untuk mengesan lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Boon berkata, mangsa yang terkandas berjaya ditemui pada kedudukan 1.6 batu nautika barat laut Pulau Gusung Malanta, Pitas.

Katanya, semua mangsa ditemui dalam keadaan selamat dan seterusnya didaratkan di Jeti Dataran Bengkoka, Pitas.
 
Sehubungan itu, Boon meminta komuniti maritim supaya berhati-hati dan sentiasa peka dengan keadaan  cuaca yang tidak menentu bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
 
“APMM mohon kerjasama daripada komuniti maritim untuk melaporkan sebarang salah laku jenayah dan kecemasan yang berlaku di laut kepada Maritim Malaysia di talian 088-611858 (Pusat Operasi Kudat) dan talian MERS 999 yang beroperasi 24 jam,” katanya.





Source link

Loading...

Articles You May Like

Police have taken action against 31 so far for violating home quarantine, says Ismail Sabri
South Korean doctors strike over plan to boost medical student numbers
Regeneron says antibody cocktail prevents and treats COVID-19 in animals
Pandemic to shrink LatAm foreign trade 23 pct in 2020: UN agency
Historical association comes out in support of name change for St Paul’s Hill