BORNEO TFC PRODUK PELANCONGAN BARU TUARAN

Sabah


Oleh Wartawan BS

TUARAN: Kewujudan Pusat Makanan Tradisi Borneo atau Borneo TFC di daerah Tuaran dijangka mampu menarik lebih ramai pelancong datang ke daerah berkenaan.

Ahli parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, berkata, usaha yang dilakukan Borneo TFC yang mempromosikan makanan tradisi Sabah serta budaya masyarakat Dusun Lotud berupaya meningkatkan lagi ekonomi di daerah berkenaan.

JustForex

“Saya memuji usaha dilakukan Pediman Jabau yang mewujudkan Borneo TFC di kawasan Tuaran dan saya yakin tempat ini nanti bakal menjadi satu lagi daya tarikan pelancong di Tuaran.

“Pengwujudan Borneo TFC ini juga pastinya akan menarik pelancong negara luar yang ingin melihat budaya masyarakat Dusun Lotud dan merasai sendiri makanan tradisional yg dihidangkan.

“Selain itu, Borneo TFC dapat membantu meningkatkan lagi ekonomi negeri Sabah khususnya di daerah Tuaran kerana secara tidak langsung mereka mewujudkan juga peluang pekerjaan di kalangan, masyarakat setempat,” katanya ketika berucap sempena perasmian Borneo TFC serta sambutan Krismas dan Tahun Baru, di sini, baru-baru ini.

Antara pengusaha makanan yang menjalankan perniagaan mereka di Borneo TFC termasuklah Borneo Sinalau Corner, Borneo Hauzzz, KOSUBABAH Cafe, Borneo TFC, Labuaya Cafe, Borneo Legend Kitchen, D’Cafe Singgah Rasa, Tuaran Mee Bah Cafe, Sarawakian corner, Ambalut Cafe, Coastal Borneo Style, Sotong Kangkong Stall, Satay Stall, dan Ikan Panggang Stall   

Sementara itu, Madius yang juga Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Industri turut mengumumkan akan memberikan peruntukan bagi menjadikan tandas di Borneo TFC bertaraf lima bintang.

Terdahulu, majlis berkenaan turut menyaksikan seramai 40 orang menyerahkan borang menyertai UPKO kepada Madius.

Turut hadir di majlis itu ialah Ketua Pemuda UPKO, Joseph Felix Saang, dan Ketua UPKO bahagian Bandar Tuaran, Terrence Lee.         





Source link

Loading...

Articles You May Like

Nigerian Islamist militants free three aid workers, other civilian hostages – U.N.
SpaceX says ‘picture perfect’ test paves way for human mission
JPMorgan says ‘oui’ to Paris expansion post-Brexit
Eyewitness to horror: New York museum opens exhibit of art by Holocaust victims
NBA notebook: Hawks land G Teague in trade with Wolves