BORANG KEMASUKAN UPKO LARIS DI KIMANIS

Sabah


Oleh Wartawan BS

MEMBAKUT: Borang permohonan menyertai UPKO yang disediakan di kawasan parlimen Kimanis laris seperti ‘pisang goreng’ apabila mendapat permintaan luar biasa sehingga habis.

JustForex

Ketua Penerangan UPKO, Albert Bingkasan, ketika dihubungi, berkata borang-borang kemasukan parti itu diedarkan di semua 11 daripada 19 pusat daerah mengundi (PDM) yang UPKO ada di Kimanis.

“Sebelum ini kami sediakan borang bergantung kepada permintaan namun selepas ceramah di Kampung Tiong Baru, Membakut, semalam, ianya habis walaupun masih mendapat permintaan.

“Sebenarnya sebelum ini kami sediakan 30 borang berdasarkan kepada permintaan tetapi selepas ceramah berkenaan, ramai yang meminta borang dan presiden, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau kemudian bertanya kepada saya mana borang? tetapi ianya sudah habis,” katanya.

Bingkasan berkata, perkara itu menunjukkan UPKO dan kerajaan semakin diyakini rakyat terutama di kawasan Kimanis.

Terdahulu semalam, seramai 221 ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) dan UMNO keluar daripada parti berkenaan dan menyertai UPKO.





Source link

Loading...

Articles You May Like

Philippine volcano shows signs of calming, but danger remains
NBA notebook: Hawks land G Teague in trade with Wolves
3 TEKONG DARAT, 7 WARGA ASING CUBA SELUDUP MASUK DITAHAN
SpaceX says ‘picture perfect’ test paves way for human mission
Director says in lawsuit Apple, Shyamalan stole her movie