BEKALAN OKSIGEN DI SABAH MENCUKUPI

Sabah


KOTA KINABALU: Bekalan oksigen untuk seluruh hospital di Sabah adalah mencukupi kata Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah berkata, satu-satunya syarikat pembekal bekalan oksigen di negeri ini, Sabah Oxygen Sdn. Bhd. telah memberi jaminan bahawa bekalan itu cukup untuk tujuan perubatan termasuk sebagai persediaan untuk kegunaan dalam menghadapi wabak Covid-19.

JustForex

“Kita tidak mempunyai masalah bekalan oksigen di hospital-hospital besar yang pada masa ini dibekalkan secara pukal, cuma ada cabaran sedikit di peringkat hospital luar bandar yang memerlukan bekalan silinder bagi menempatkan gas oksigen ini.

“Namun, Sabah Oxygen telah menyediakan 80 peratus daripada jumlah silinder yang diperlukan, walaupun kontrak mereka sebenarnya hanya untuk mengisi oksigen.

“Ini bermakna, pada ketika ini pihak syarikat tidak memikirkan tentang keuntungan semata-mata tetapi juga lebih kepada memberi perkhidmatan untuk memastikan keperluan setiap hospital mencukupi,” katanya.

Madius berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Pengurus Besar (Operasi dan Jualan) Sabah Oxygen Sdn. Bhd., Lai Teck Yiun di Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP), di sini, kelmarin.

Menurut Madius, syarikat tersebut juga membekalkan gas nitrogen untuk kegunaan syarikat minyak dan gas seperti Petronas untuk mengisi semula tong gas bagi kegunaan bahan api memasak di rumah.

“Ini sekali gus memastikan bekalan tong gas untuk memasak sentiasa tersedia sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini berkuatkuasa,” katanya.

Menyentuh mengenai pertemuan dengan Lai Teck Yiun, Madius berkata, ia bertujuan untuk meninjau persiapan syarikat dibawah seliannya itu yang sebelum ini tidak dapat beroperasi dengan sempurna kerana kekangan dalam bidang logistik.

“Oleh yang demikian, pada pertemuan ini, kita telah memaklumkan beliau tentang surat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang memberi kelulusan syarikatnya melakukan operasi seperti biasa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan,” jelasnya yang juga merupakan Ahli Parlimen P170 Tuaran.

Hadir sama pada pertemuan itu, Pengarah MITI Wilayah Sabah, Mohd Hijri Mat Rani dan Timbalan Setiausaha Tetap MTI, Tseu Kei Yue./BERITA SABAH





Source link

Loading...

Articles You May Like

U.S. economy will eventually reopen but with big changes: White House’s Kudlow
POLIS SIASAT PEGAWAINYA ROTAN REMAJA INGKAR PKP –
PECAH MASUK KEDAI SEWAKTU PKP –
Cineworld closes all its cinemas due to coronavirus pandemic
Exclusive: Amazon in contact with coronavirus test makers for potential screenings on employees