BANJIR KILAT DI NABAWAN

Sabah


NABAWAN: Seramai 62 penduduk dari Kampung Salung, di sini, terjejas akibat banjir kilat yang melanda perkampungan berkenaan, sejak jam 5 pagi tadi.

Beberapa kenderaan milik penduduk kampung berkenaan turut ditenggelami air disebabkan banjir kilat yang melanda.

JustForex

Difahamkan, air mula naik sehingga mencecah hampir tiga meter susulan hujan lebat di daerah berkenaan, petang semalam.

Pegawai Daerah Nabawan Virus Malitam berkata, setakat ini terdapat lapan rumah yang terjejas namun tiada pemindahan dilakukan.

Menurutnya, pihaknya akan mengusahakan bantuan kebajikan kepada semua mangsa-mangsa yang terbabit.

“Pejabat Daerah sudah melancarkan kerjasama dengan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysa (APM) untuk membantu penduduk yang terjejas.

“Selain itu, pejabat daerah juga bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pejabat Perkhidmatan Kebajikan Am Daerah Nabawan, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) untuk sebarang tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Virus berkata, pihaknya akan terus memantau keadaan cuaca di kampung berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

“Tiada pemindahan dilakukan namun kita sudah mengenal pasti pusat pemindahan di Gereja SIB, Kampung Sabuluh yang mempunyai kapasiti 40 orang sekiranya diperlukan.

“Setakat ini, mengikut rekod mangsa yang terbabit dalam insiden banjir kilat kali ini membabitkan 21 lelaki dan 22 perempuan dewasa serta 19 kanak-kanak.

“Pihak APM juga memaklumkan mereka sudah mengambil maklumat daripada mangsa yang terjejas dan memberi khidmat nasihat supaya penduduk naik ke tempat lebih tinggi bagi mengelakkan sebarang kemungkinan risiko sekiranya cuaca kembali hujan,” katanya./BERITA SABAH





Source link

Loading...

Articles You May Like

Disney to present reopening plan for Walt Disney World
Britain urges China to reconsider Hong Kong law – PM’s spokesman
Riot police shield Hong Kong legislature as protests gather against anthem bill
Three Republican groups sue California governor over mail-in-vote order
Address online sexual harassment, bullying that causes suicide, says Wanita MCA