BADMINTON : ANAK-ANAK SABAH JUGA BOLEH PERGI JAUH

Sabah


Oleh Wartawan BS

KOTA KINABALU: Belia yang berbakat dalam sukan badminton diseru supaya terus berusaha dan berlatih dengan gigih sehingga mendapat pencapaian membanggakan.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Arunarsin Taib, berkata adalah tidak mustahil anak-anak Sabah akan berjaya dalam sukan berkenaan seterusnya melakar nama bukan saja di peringkat kebangsaan tetapi juga di pentas antarabangsa.

JustForex

Arunarsin berkata demikian ketika ditemui setibanya di Kota Kinabalu daripada Kuala Lumpur bagi menyaksikan kejohanan Perodua Malaysia Masters 2020 yang berlangsung di Axiata Arena.

“Ketika menyaksikan perlawanan akhir antara beregu lelaki Korea Selatan dan China, saya dapat bayangkan suatu hari nanti pemain badminton dari Sabah akan beraksi di kejohanan seumpama itu.

“Tidak mustahil bagi anak-anak kita di Sabah, jika diberi ruang dan peluang untuk mencebur diri dalam sukan ini, maka mereka juga pasti boleh mencapai tahap kejayaan hingga ke peringkat antarabangsa,” Katanya.

Sementara itu, Arunarsin berkata, dia berasa bangga kerana diberi penghormatan untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang di kejohanan itu.

Katanya, pengalaman berkenaan serba sedikit telah memberikan semangat untuk kita membangunkan sukan badminton di Sabah.

Pada kejohanan yang berlangsung Ahad lalu itu, beregu Korea Selatan, Lee Yong Dae dan Kim Gi Jung yang bergerak secara profesional telah mengejutkan juara dunia 2018, Li Jun Hui dan Liu Yu Chen dari China dengan keputusan 21-14, 21-16.





Source link

Loading...

Articles You May Like

Parliament Speaker to be replaced, Art Haron among candidates being considered
GEM UPKO: SELAMAT MAJU JAYA ALEX
SELEPAS BATAL MASUK PKR, SALLEH MAHU KEMBALI KE PANGKUAN UMNO
Russia’s coronavirus case tally approaches 650,000
Greenland’s youth question colonial past in wake of Black Lives Matter