ATM mahu pos kawalan sempadan Sarawak dan Kalimantan seimbang

Sabah


KUCHING, 4 Dis — Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mahu pos kawalan di sempadan Sarawak dan Kalimantan seimbang, sekiranya cadangan pemindahan ibu kota negara Indonesia itu ke Kalimantan dilaksanakan.

Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Wira Zamrose Mohd Zain berkata, sempadan Sarawak-Kalimantan luas dan memerlukan pos kawalan yang banyak.

JustForex

“Setakat ini, di Sarawak ada 11 pos kawalan, kita juga telah mencadangkan untuk membina 20 lagi pos kawalan tambahan, di mana setakat ini 1 pos kawalan iaitu Pos imbangan Ladang Dafa, Kandaie, telahpun siap dan bakal beroperasi menjelang Jan 2020.

“Kita sedia maklum, nak beli aset dan bina pos agak rumit, kita telah memohon kepada pihak tentera darat supaya ruang-ruang yang ada dapat ditampung dengan mobiliti, komunikasi, pemantau melalui dron Unmanned Aerial Vehicle (UAV),” katanya pada sidang media Hari Bersama Media anjuran Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat di Kem Muara Tuang di sini, hari ini.

Zambrose berkata, pengguna UAV hanya boleh meliputi kawasan yang terdekat, jika ada kawasan yang telah dikenal pasti ada banyak kes orang menyeludup masuk, maka UAV akan kerap diterbangkan di kawasan itu.

“Setakat ini, kawalan keselamatan di sempadan kita terkawal, namun kita perlu sentiasa berwaspada dan meningkatkan bilateral dengan Indonesia supaya lebih rapat, kalau ada masalah kita boleh sentiasa berhubungan antara satu sama lain,” katanya.– BERNAMA





Source link

Loading...

Articles You May Like

BINGKASAN: ANIFAH UNBECOMING
Saudi Aramco raises IPO to record $29.4 billion by over-allotment of shares
Trump to halt civilian drone program over China tech concerns: FT
Govt should have acted quicker, better in dealing with Influenza A outbreak, says MCA
Who might argue the case against Trump in the Senate impeachment trial?