ANGGOTA PGA SELAMATKAN MANGSA SEBELUM HILANG

Sabah


Oleh Wartawan BS
13 Februari 2020

SANDAKAN: Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dipercayai berusaha menyelamatkan 36 mangsa yang lain sebelum hilang dalam insiden bot karam di perairan berhampiran jeti Pasar Awam Sandakan, pagi tadi.

Koperal Asman Ongkal, 40, yang bertugas di Batalion 15 PGA di sini, dikatakan menaiki bot itu bersama 28 pelajar, manakala lapan lagi orang awam dari Pulau Tanjung Aru sebelum bot dinaiki terlanggar kapal yang sedang menunda sebuah bot kecil, kira-kira dua batu nautika dari Pasar Awam.

JustForex

Pegawai Memerintah Kapal Maritim Kota Belud,
Leftenan Komander Maritim Mohd Hafidz Mohd Tajuddin yang mengetuai operasi mencari dan menyelamat (SAR) berkata, insiden dipercayai berlaku ketika keadaan masih gelap dengan bot penumpang yang dalam perjalanan ke jeti Pasar Awam tidak sedar kehadiran bot kecil yang sedang ditunda.

Katanya, sebaik bot karam, mangsa dipercayai cuba menyelamatkan penumpang lain sebelum turut hilang.

“Berdasarkan maklumat, 15 mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent untuk rawatan susulan, manakala selebihnya cuma diberi rawatan sebagai pesakit luar.

“Pencarian kini tertumpu di kawasan lokasi kejadian dan sekitar perairan Sandakan dengan kekuatan 12 aset pasukan keselamatan,” katanya.

Selain pasukan Bomba dan Penyelamat, Maritim Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Pasukan Polis Marin (PPM), sebanyak 15 bot nelayan tempatan turut terbabit dalam operasi pencarian.





Source link

Loading...

Articles You May Like

Katherine Johnson, NASA mathematician portrayed in ‘Hidden Figures’, dies at 101
U.N. suggests Turkey border crossing to deliver aid to Syria’s northeast
TAMBADAU IDAM PIALA FA JUGA
Arctic ‘doomsday’ food vault welcomes millionth seed variety
Four patients test positive for coronavirus in England after cruise ship evacuation