812 BARANGAN ELEKTRONIK BERKAITAN JUDI DILUPUSKAN

Sabah


KOTA KINABALU: Polis Sabah, hari ini, melupuskan sebanyak 812 barangan elektronik berkaitan judi siber bagi kes sepanjang tahun 2005 hingga 2015.

Semua peralatan berkenaan yang disimpan di Stor Barang Kes Berpusat, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, di sini, dianggarkan bernilai lebih RM180,000.

JustForex

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass berkata, peralatan judi siber membabitkan komponen komputer itu berhubung kait dengan 13 kertas siasatan kes judi siber yang dikendalikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

Katanya, semua kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Semua peralatan judi siber kes ini perlu dilupuskan kerana ia tidak digunakan lagi dan pada masa tindakan kes diselesaikan sepenuhnya.

“Pihak IPD Kota Kinabalu mengambil inisiatif melupuskan barangan ini menerusi kaedah E-waste sejajar dengan prosedur seliaan Jabatan Alam Sekitar (JAS),” katanya dalam sidang media selepas Majlis Pelupusan Barang Kes Mesin Perjudian di Stor Barang Kes Berpusat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Mazli Mazlan; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Datuk Jauteh Dikun; Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji.

Zaini berkata, syarikat yang dilantik akan bertanggungjawab menguruskan proses pelupusan barang berkenaan mengikut kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.-http://beritasabah.com





Source link

Loading...

Articles You May Like

Covid-19, Malaysia Airlines and banknotes among issues to be raised in Dewan Rakyat Thursday (Aug 6)
Pandemic to shrink LatAm foreign trade 23 pct in 2020: UN agency
Mexico reports 5,558 new coronavirus cases, 705 more deaths
Turkey says it is ready to help rebuild port of Beirut
Macron told Trump that U.S. sanctions on Lebanese groups counterproductive, official says