80,000 PENUTUP HIDUNG DAN MULUT KEPADA AGENSI, BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN

Sabah


KOTA KINABALU: Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini menyerahkan sebanyak 80,000 penutup hidung dan mulut kepada 138 agensi dan badan berkanun persekutuan di Sabah.

JustForex

Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Samsuni Mohd Nor berkata penyerahan penutup hidung dan mulut berkenaan adalah tanda keprihatinan JPM kepada pejawat awam persekutuan di Sabah yang akan berkerja mengikut normal baharu.

“Penyerahan sumbangan ini juga bertujuan untuk memastikan pejawat awam mematuhi atau mengikut normal baharu antaranya sentiasa memakai penutup hidung dan mulut semasa berhadapan dengan pelanggan.

“Jadi dengan adanya penyerahan ini kita mengharapkan semua pejawat awam persekutuan di Sabah sentiasa memakai topeng muka untuk memastikan usaha memutuskan rangkaian COVID-19 berjaya,” katanya kepada pemberita selepas penyerahan penutup hidung dan mulut berkenaan di sini, hari ini.

Beliau berkata penutup hidung dan mulut berkenaan akan diagihkan kepada semua pejawat awam persekutuan di Sabah, khususnya pejawat awam di kaunter yang sentiasa berurusan dengan orang ramai./http://beritasabah.com





Source link

Loading...

Articles You May Like

Dozens burned alive in Congo bus crash
New scam targets delivery personnel from parcel and food delivery companies in Singapore
The day before elections, Peru marks record COVID-19 deaths
Russia detains academic for allegedly passing secrets to NATO country: Interfax
The sudden visit to COVID victims’ families that sparked Jordan’s royal rift