7 PETINJU SABAH SAHKAN TEMPAT KE SUKMA

Sabah


Oleh Wartawan BS

KOTA KINABALU: Tujuh daripada sembilan slot dalam skuad tinju negeri telah dikenalpasti untuk menghadapi temasya Sukan Malaysia (Sukma) di Johor, pada Julai.
 
Petinju yang telah mengesahkan tempat mereka adalah Mohd Syahran Hafie dari Beluran untuk kategori berat badan 52kg, Fabio Peter Fabian (Tambunan – 56kg), Rosshazmie Roslan (Sandakan – 60kg), Azrullah Sulaiman (Papar – 64kg), Mohd Syawal Azmee (Keningau – 75kg), Muhd Izzat Akmal Kamal (Kota Kinabalu – 81kg) dan Muhd Hafeez Ibrahim (Kota Kinabalu – 91kg).
 
Senarai berkenaan telah diumumkan oleh setiausaha Persatuan Tinju Negeri Sabah (SBA), Darshan Singh, selepas pertandingan pemilihan yang diadakan di Likas dimana 20 petinju menyertainya selepas dipilih melalui  Sukan Sabah (Saga) di Keningau, Disember lalu.
 
Hadir sama untuk menyaksikan pertandingan pemilihan tersebut adalah president persatuan Datuk Orlando Harumal serta pegawai-pegawai dari Majlis Sukan Sabah dan juga jurulatih-jurulatih tinju.
 
Darshan bagaimanapun memberitahu wakil untuk dua lagi kategori iaitu untuk berat badan 49kg dan 69kg cuma akan diketahui Ahad ini.
 
Dua kekosongan itu akan menjadi rebutan di antara Mohammad Aliff Fazlee dari Keningau dan Lau Ung Sian dari Papar untuk kategori 49kg serta Maxenery Motinin dari Kota Belud dan Muhd Aiman Yakub dari Penampang untuk kategori 69kg.
 
“Keputusan untuk dua kategori itu cuma akan diputuskan selepas mereka bersama dengan petinju yang lain mengambil ujian kecergasan pada Ahad ini (19 Januari) di Likas bermula 7am.
 
“Sama seperti kategori-kategori yang lain, cuma satu atlit sahaja akan dipilih,” tegas Darshan.
 
Sementara itu, skuad penuh sembilan petinju berkenaan seterusnya akan menjalani latihan pusat yang akan berlangsung di antara bulan Januari hingga Jun di Likas.
 
Jurulatih-jurulatih yang akan mengendalikan latihan pusat itu terdiri daripada Fabian Peter, Datu Segan dan Arthur Udang.
 
Untuk Sukma tahun ini, Johor akan menjadi tuan rumah kepada temasya berprestij itu dari 7 hingga 17 Julai.

JustForex





Source link

Loading...

Articles You May Like

Trump security adviser warns against foreign military involvement in Libya
Miri mayor: Police should not be excessive in issuing RM1,000 compounds for SOP breaches
French city tells shoppers: wear masks outside or pay fine
Covid-19, Malaysia Airlines and banknotes among issues to be raised in Dewan Rakyat Thursday (Aug 6)
IMF says coronavirus may shrink global imbalances further in 2020