450,000 LITER DIESEL DISITA – Berita Sabah

Sabah


LABUAN: Sebanyak 450,000 liter diesel disita daripada sebuah kapal tanker kerana gagal mengemukakan rekod pembelian bahan api berkenaan, di sini, kelmarin.

JustForex

Kapal tanker itu ditahan kira-kira jam 5 petang oleh PPM Labuan ketika menjalankan tugas Ops Gelora Khas bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di kedudukan Laut Pelabuhan.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, hasil pemeriksaan mendapati kapal tanker itu dikemudi seorang kepten lelaki berusia 43 tahun bersama enam kru berusia 26 hingga 40 tahun.

“Hasil pemeriksaan lanjut kapal itu telah melakukan kesalahan kerana gagal mengemukakan rekod belian dan jualan bahan api diesel yang berada di dalam kapal berkenaan.

“Kapal tanker bersama 450,000 liter diesel disita,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, nilai keseluruhan rampasan kapal dan diesel itu berjumlah kira-kira RM2.46 juta.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Peraturan 13(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974,” katanya.





Source link

Loading...

Articles You May Like

After-coronavirus, SE Asia strongly favours crackdown on wildlife trade, says WWF
Trump taps Kavanaugh ally for seat on influential appeals court
Trump considers canceling domestic flights to coronavirus hot spots
Australia coronavirus cases stable, cruise ships sent home
MALAYSIA CATAT 170 KES BARU, SATU LAGI KEMATIAN –